Thursday 22 December 2011

Saya tak suka,faham?!


Merujuk kepada tajuk berbau mengamuk saya di atas,saya nak kongsi sikit perkara-perkara yang sering buat saya nak marah tak tentu pasal. Ohh bukan saya sorang je rasanya,korang sume pun kalau ada dalam situasi camni,konpem naik angin,naik minyak. Kalau tak, bagitahu saya T___T

SITUASI 1

Korang mesti pernah rasa kan camne perasaan bila masuk kat tempat-tempat yang baru first time korang jejak. Contohnya, sekolah baru ke, baru masuk asrama ke. Sumpah mesti kekok GILA kan? Tambah-tambah pula bila kita masuk asrama second intake ke,last intake ke, mesti budak-budak asrama yang dah awal-awal masuk tu dorang dah ada angkatan geng. Apa yang panasnya kat sini, dorang mesti akan tengok kita macam kita ni ada 4 biji mata *maaf hiperbola di situ. Atas bawah atas bawah tengok ingat kita ni apa. Kan kan ? Dan bila kita tegur dorang ajak nak pergi makan sekali ke, masing-masing buat muka tongo comel. Dorang takpe lah, kita yang menegur ni la malu T___T

SITUASI 2

Saya tak suka bila saya tengah sedap-sedap tidur, ada orang kejutkan saya. Ok, kalau kejutkan dengan cara lemah lembut sopan santun takpe lah. Ni entah apa-apa dah dapat aura eksaited, dipukul dihempapnya kita nie. Saya pernah kena macam ini, dan hasilnya saya terkejut monyet hampir nak pengsan. Hooii, kejut elok-elok sikit boleh kan ? GRR GRR

SITUASI 3

Benda ini selalunya terjadi kat Facebook. Kita enak-enak duduk cerita pasal konon momen-momen gembira, ada pula yang tiba-tiba datang komen "Benda macam ni pun nak post ke?" Baiklah, nampaknya Facebook ni kau punya ehh? Yang dia entah dari mana,kita kenal pun tak, tiba-tiba masuk mengomen. Kalau sokong kita punya status tu takpe lah kan.Ini memang mengakibatkan marah OK!

SITUASI 4

Awal-awal sekali maaf sangatsangat kalau ada yang mungkin terasa. Tapi rasanya benda nie dah a bit common kot antara kita-kita. Nak tahu apa? Saya tak tujukan kat sapa-sapa OK. Korang tahu kan penggunaan ejaan 'comel'. Contohnya "HeLLow aWarKs! NaRk kEnaRL boWlehs?" HAHA mesti korang faham kan? Tapi maaf lah,saya memang faham apa yang kamu nak cakap. Tapi kalau eja baik-baik boleh kan? Dan nak tahu jugak, tak penat ke buat tulisan kejap kecik kejap besar? HEHE 

SITUASI 5

Saya tak senang bila saya tengah cakap dengan guna handphone, tiba-tiba ada yang muncul buat muka 'comel depan saya. Ataupun nak saya buat loudspeaker. Saya rasa tak perlu kot dengar saya berbual dengan mama dan abah saya. Kau nak dengar apa nya? ISH ISH ISH *gelenggeleng kepala

SITUASI 6

Saya tak suka bila ada orang komen apa yang saya pakai. OK mungkin saya punya bajubaju tak se-hot baju dia T___T. Tapi tak perlu kot kau laung bagi satu dunia dengar cakap baju aku pelik. Benda nie, memang saya pernah kena. Jujurnya,saya bukan jenis yang pandai berfesyen sobsob = ='
Tapi pernah terjadi bila saya belit shawl macam Hana Tajima,ada suara cakap camni kat saya " Eh,lawa lah kau punya style! Tapi... kau punya baju tak masuk lah dengan shawl nie. OK FINE !Tengok,      ke-condemn-an tetap berlaku T___T

P/S : Sebarang content di atas tidak ditujukan kepada siapasiapa. Ini cuma entri dan apa yang baik kita ambik,yang buruk jangan ambik.OK, ayat keling T____T





Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

Wednesday 21 December 2011

Good Morning Big Apple :D

Selamat petang korang ! Okay sekarang baru boleh bangun dengan tenang HEHE. Saya ditimpa nasib baik hari ini sebab bangun bangun je tido tadi,terus saya ngapp benda ini...
Hi Big Apple ! :D

Terima kasih my Kak Iefa sebab dah gembirakan perut usus saya pada pagi pagi yang tak buta ini yang selama ini dah mengidam nak makan Big Apple. Sadisnya,kat Arau tak ada T____T
Saya nak kena habiskan seketul lagi yang ini tapi dah tak larat nak mengunyah.


Pink Twister menanti untuk di ngapp ! Agaknya sebab aku minat kaler pink dia simpankan aku yang ini kot :D





Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

Saya Burung Hantu T_____T"

Selamat pagi korang. Tengok jam baru pukul 8.38 pagi. Ni kira rekod aku bangun paling awal pada hari yang tak ada kelas pagi. Memang betul aku 'bangun awal' ke ada benda lain di sebaliknya ? HEHE memang ada. Kalau tak, gempa bumi pon aku boleh wat dunno je kalau dah aku tidur tak sedar diri T___T Cerita sebenarnya aku tak tidur pun semalam. Tahu tak aku buat apa ? Aku buat aktiviti blogwalking HAHA. Tak ada kerja punya pasal kan ? Dah la habis semangkuk Mee Ruski Tomyam kau mengahadap semalam patot la tak tidur. Konklusinya, sekarang baru aku nak beradu. Hah,elok sangat lah kan. Dari makcik-makcik yang dah cop nak jadikan kau menantu dorang, terus kau kene reject T___T
Apa boleh buat, saya penat sangat macam ni ...



Nak take a nap kejap okay ? *kononnya 
Wish me a sweet dream LOL T_______T"




Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

Tuesday 20 December 2011

#MAS is providing 30% off ur Euro trip flight ticket. Find out more here!

#MAS is providing 30% off ur Euro trip flight ticket. Find out more here!
Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

Semua PINK ! :D

Assalamualaikum ! Sorry dah dekat seminggu tak post entri. Sedikit busy *kononnya. Entri ni ditulis masa aku lepas usha satu web yang bercerita pasal PINK. Yes PINK ! Korang suka PINK ? Tak suka boleh angkat kaki men jaoh jaoh HAHA. Gurau gurau :D I've found this and it's really driving me crazy !  Ni dia ...




Ni pon cantik :D


Mak aii ! PINK kemain ! Siap Hello Kitty lagi. Nak bilik camni jugak tapi tema Barbie HIHI *gedik. Most orang yang aku tanya "Kau suka kaler PINK tak ?" mesti dorang jawab camni "PINK ? Euww, tak minat lah. Apa barang PINK. Cam gedik plus girlgirl sangat." Hurm yelah gedik. Gedik macam aku T___T Well, sume orang ada minat masing masing kan. So, tak kesah lah korang minat kaler apa :D

Haa, tengok yang ni pulak. Nak cari jugak scarf camni, tapi tak pernah jumpa. Comel ! :D


Nanti kawen, aku nak pakai dress nie *berangan di senja kala T___T


And bila dah ada anak, bilik dorang aku buat camni...


Heaven kan ? HUHU :D
 Ape ? Sakit mata ? HEHE yang tak suka PINK mesti mengalami simptom nie. Sorry, hari nie sedikit obses dengan PINK. Peace :D




Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

Thursday 15 December 2011

Suka tidur ? Baca nie :)


Korang suka tidur ? Setiap kali bangun tidur pagi, korang akan tunggu 10 minit pastu sambung tidur balik ? Tidur lepas makan ? Tidur lepas balik kuliah ? Or tidur lepas 10 saat bukak buku untuk study ? Selalunya majoriti kita kita mengalami situasi camni. T___T

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan akan sampai tahap boleh bunuh diri.
Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam sehari. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur selama 5 jam sahaja.


OK yang atas nie baru introduction. HEHE jangan marah ! Fakta ada kat bawah nie. Check it !
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

* Macam ni lah posisi zirafah masa tidur. Berbelit belit :D

  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Walaupun kita sedang tidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN TIDUR YANG SIHAT ?
  • Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

  • Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

    The End ! Untuk penggemar tidur especially aku, belajar lah untuk tidur secara sihat :)

Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

This is ' the-one-they-called-my-kakak' birthday ! :D

Assalamualaikum sume ! Hari nie nak cite pasal birthday AMIRAH HANIM BT ZOLKAFLEE. She is my 'sister', my housemate and my senior.Birthday dia 12 Disember. Tapi yang sedikit sedihnya, kitorang selaku housemate housemate dia sume tak wish kat dia. Jahat kan ? Kenape kau tanye ? Opkos lah kalau ada scene cam drama cenggini, means ada suprise yang menunggu. Peace ^^


Plan nak buat suprise party terbit pada malam 13 Disember, waktu lepas Maghrib. 2 orang housemate kesayangan saya, Kak Iefa dengan Kak Intan pon turun laa menuju ke pasaraya yang paling 'besar' iaitu Cmart. HAHA ! Nak pegi beli kek birthday. Aku ditugaskan untuk menjaga line supaya plan ni tak kantoi. Macam macam idea laa aku kena pikir bagi nak hilangkan any suspicions kalau kalau BIRTHDAY GIRL ni ada terbau kitorang nak wat suprise party. Aku suruh dia ajar dia silat, buat tournament silat VS taekwondo. And she really falls on it HEHE. *Btw, I really amazed with your silat talent. Bila 2 orang housemate aku tu dah nak balik, aku ditugaskan pulak kena bawak BIRTHDAY GIRL ke sebelah lagi side dorm kami yang dorang dah letak kek. Then ...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO HANIM,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.


Kek telah dibelah sebelom aku sempat ambik gambar. Tapi kan, BIRTHDAY GIRL ni cakap dia tak suka krim vanilla. Siap dia penah kikis buang krim vanilla oreo bagi kat aku aritue. Tapi semalam elok elok je makan. Yela kan, kek yang tulus dari hati yang suci mesti lah sedap no matter what flavour it is, kan Kak Hanim ? :P


Ni dia BIRTHDAY GIRL. Comel kan ? :P


BIRTHDAY GIRL makan kek dalam tupperware je. T___T


Yang disuap tu my Kak Intan ! Senior saya jugak :)


Sesuai jugak lah kan gambar ni dengan tajuk 'Kasih Ibu Tiada Tandingan'. HAHA. Yang oren itu saya :)

Malam tue housemate housemate aku suruh nyanyi lagu birthday dalam bahasa Korea. OK aku sangat malu ! HEHE entah pape kan = ='. Baiklah, sekarang baru aku boleh nyanyi kat sini.

SAENGIL CHUKAHAMNIDA,
SAENGIL CHUKAHAMNIDA,
SARANGHANEUN URI HANIM,
SAENGIL CHUKAHAMNIDA.

*clap clap clap

Sebagai hadiah, my Kak Iefa and Kak Intan bagi nie kat BIRTHDAY GIRL...


Mr Squash for you ! Harap jangan dihempap malam malam OK ? Tapi BIRTHDAY GIRL panggil benda nie  BAWANG. BAWANG ok !
Saya cuma bagi entri nie as a present T__T

p/s : Semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki. We all love you ! Hidup silat ! :P









Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D