Thursday 15 December 2011

Suka tidur ? Baca nie :)


Korang suka tidur ? Setiap kali bangun tidur pagi, korang akan tunggu 10 minit pastu sambung tidur balik ? Tidur lepas makan ? Tidur lepas balik kuliah ? Or tidur lepas 10 saat bukak buku untuk study ? Selalunya majoriti kita kita mengalami situasi camni. T___T

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan akan sampai tahap boleh bunuh diri.
Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam sehari. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur selama 5 jam sahaja.


OK yang atas nie baru introduction. HEHE jangan marah ! Fakta ada kat bawah nie. Check it !
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

* Macam ni lah posisi zirafah masa tidur. Berbelit belit :D

  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Walaupun kita sedang tidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN TIDUR YANG SIHAT ?
  • Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

  • Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

    The End ! Untuk penggemar tidur especially aku, belajar lah untuk tidur secara sihat :)

Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

No comments: