Thursday, 22 December 2011

Saya tak suka,faham?!


Merujuk kepada tajuk berbau mengamuk saya di atas,saya nak kongsi sikit perkara-perkara yang sering buat saya nak marah tak tentu pasal. Ohh bukan saya sorang je rasanya,korang sume pun kalau ada dalam situasi camni,konpem naik angin,naik minyak. Kalau tak, bagitahu saya T___T

SITUASI 1

Korang mesti pernah rasa kan camne perasaan bila masuk kat tempat-tempat yang baru first time korang jejak. Contohnya, sekolah baru ke, baru masuk asrama ke. Sumpah mesti kekok GILA kan? Tambah-tambah pula bila kita masuk asrama second intake ke,last intake ke, mesti budak-budak asrama yang dah awal-awal masuk tu dorang dah ada angkatan geng. Apa yang panasnya kat sini, dorang mesti akan tengok kita macam kita ni ada 4 biji mata *maaf hiperbola di situ. Atas bawah atas bawah tengok ingat kita ni apa. Kan kan ? Dan bila kita tegur dorang ajak nak pergi makan sekali ke, masing-masing buat muka tongo comel. Dorang takpe lah, kita yang menegur ni la malu T___T

SITUASI 2

Saya tak suka bila saya tengah sedap-sedap tidur, ada orang kejutkan saya. Ok, kalau kejutkan dengan cara lemah lembut sopan santun takpe lah. Ni entah apa-apa dah dapat aura eksaited, dipukul dihempapnya kita nie. Saya pernah kena macam ini, dan hasilnya saya terkejut monyet hampir nak pengsan. Hooii, kejut elok-elok sikit boleh kan ? GRR GRR

SITUASI 3

Benda ini selalunya terjadi kat Facebook. Kita enak-enak duduk cerita pasal konon momen-momen gembira, ada pula yang tiba-tiba datang komen "Benda macam ni pun nak post ke?" Baiklah, nampaknya Facebook ni kau punya ehh? Yang dia entah dari mana,kita kenal pun tak, tiba-tiba masuk mengomen. Kalau sokong kita punya status tu takpe lah kan.Ini memang mengakibatkan marah OK!

SITUASI 4

Awal-awal sekali maaf sangatsangat kalau ada yang mungkin terasa. Tapi rasanya benda nie dah a bit common kot antara kita-kita. Nak tahu apa? Saya tak tujukan kat sapa-sapa OK. Korang tahu kan penggunaan ejaan 'comel'. Contohnya "HeLLow aWarKs! NaRk kEnaRL boWlehs?" HAHA mesti korang faham kan? Tapi maaf lah,saya memang faham apa yang kamu nak cakap. Tapi kalau eja baik-baik boleh kan? Dan nak tahu jugak, tak penat ke buat tulisan kejap kecik kejap besar? HEHE 

SITUASI 5

Saya tak senang bila saya tengah cakap dengan guna handphone, tiba-tiba ada yang muncul buat muka 'comel depan saya. Ataupun nak saya buat loudspeaker. Saya rasa tak perlu kot dengar saya berbual dengan mama dan abah saya. Kau nak dengar apa nya? ISH ISH ISH *gelenggeleng kepala

SITUASI 6

Saya tak suka bila ada orang komen apa yang saya pakai. OK mungkin saya punya bajubaju tak se-hot baju dia T___T. Tapi tak perlu kot kau laung bagi satu dunia dengar cakap baju aku pelik. Benda nie, memang saya pernah kena. Jujurnya,saya bukan jenis yang pandai berfesyen sobsob = ='
Tapi pernah terjadi bila saya belit shawl macam Hana Tajima,ada suara cakap camni kat saya " Eh,lawa lah kau punya style! Tapi... kau punya baju tak masuk lah dengan shawl nie. OK FINE !Tengok,      ke-condemn-an tetap berlaku T___T

P/S : Sebarang content di atas tidak ditujukan kepada siapasiapa. Ini cuma entri dan apa yang baik kita ambik,yang buruk jangan ambik.OK, ayat keling T____T





Habis baca,sedekah KOMEN or LIKE sikit ! Maceh :D

1 comment:

aWinMelloW said...

cik kentang manis: nice to know you. it's normal to hav all those feeling. ciri2 yg awk tak suka tu same dgn apa yg sy tak suka la especially yg situasi 1 n 6

p/s: it's a pleasure to follow ur interesting blog, arigatou :)